Labels

Thursday 19 February 2015


SULIT, MUDAH DAN REDHA-NYA

Jangan menyerah, sebelum keputusannya adalah jannah!



 Buat sahabat yang disayangi, semoga kita sama-sama lebih beramanah dan beradab dalam menjejaki ilmu di Taman Ilmu dan Budi ini

Sebenarnya, dah lama nak berkongsi perasaan ini, saat hari pertama semester ini bermula, matamu kurang bercahaya,selalunya mata kau paling mencerlang menekuni ilmu! Hinggalah malam itu aku singgah di bilikmu, dan kau beritahu aku perihal itu.  Sejujurnya,saat itu aku tak tahu apa yang perlu dinasihatkan, kerana dadaku sendiri sedang tenat mencari semangat! Lalu aku menbaca itu dan ini. Tapi tidak puas hati, masih ada yang kurang lagi.Hingga bila tiba pada kisah sang Nabi, ya ini yang patut aku kongsi..

Moga kita semangat, menjadi khadam ilmu. Kerana ada hak orang lain pada ilmu yang kita jejaki ini!! Fight till da end!




Satu waktu, sudah lama sekali
seseorang berkata dengan wajah sendu
"alangkah beratnya...alangkah banyak rintangan...
alangkan berbilang sandungan..alangkah rumitnya..."

Aku bertanya, "lalu"?
dia menatapku dalam-dalam, lalu menunduk
"apakah sebaiknya aku menghentikan saja ikhtiar ini?"

"Hanya kerana itu engkau menyerah kawan ?"
aku bertanya meski tidak begitu yakin apakah aku sanggup
menghadapi selaksa badai ujian
dalam ikhtiar seperti dialaminya...


"iyalahh...bagaimana lagi? 
tidakkah semua hadangan ini petanda bahawa
Allah tidak meredhainya?"

Aku bersamainya menghela nafas panjang
lalu bertanya,

"andai Rasulullah SAW berfikir seperti mana engkau menalar,
 kan adakah Islam di muka bumi ?
 "maksudmu ?", ia terbelalak.


"Ya. andai Muhammad tercinta berfikir
bahawa banyak kesulitan bererti tidak diredhai Allah, 
bukankah ia akan berhenti di awal-awal risalah?"

ada banyak titik sepertimu saat ini, saat Muhammad termulia
mampu mempertimbangkan untuk menghentikan ikhtiar..

mungkin saat dalam rukuknya ia dijerat di bahagian leher
mungkin saat ia sujud lalu kepalanya disiram isi perut unta 
mungkin saat ia bangkIt dari duduk lalu dahinya disambar batu
mungkin saat ia dikatai gila, penyair, dukun dan tukang sihir
mungkin saat ia dan keluarga diboikot total di syi'b Abi Talib
mungkin saat ia disaksikan sahabat-sahabatnya diseksa didepan mata
atau saat pakcik terkasih dan isteri tersayang berpulang
atau justeru saat dunia ditawarkan kepadanya; tahta, harta wanita.."


Jika Muhammad yang mulia berfikir sebagaimana engkau menalar
tidakkah ia punya banyak saat untuk memilih berhenti?

Tapi Muhammad saw tahu, kawan..
redha Allah tak terletak pada 
sulit atau mudahnya..
berat atau ringannya
bahagia atau deritanya
senyum atau lukanya
tawa atau tangisnya

" redha Allah terletak pada
apakah kita menaatiNya
dalam menghadapi semua itu
apakah kita berjalan dengan menjaga perintah dan larangNya
dalam semua keadaan dan ikhtiar yang kita lakukan"

Maka selama di situ engkau berjalan
bersemangatlah kawan!!" 





 Aim high! Just like u in this picture:P



Salim. A.Fillah
Dalam Dakapan Ukhuwah








Friday 30 January 2015

 



BERGAGAHLAH!





Ini kad pertama yang aku dapat masa clinical posting bila jauh diletakkan di ceruk Dungun. Pekan kecil yang stesen bas dia pon xhidup! hehe.Kad ni akan  dicuri-curi tengok kalau rasa macam dah nak down =.=' . Sanah yang bagi, cute kan? 

Dan sesungguhnya Allah itu Maha Hebat! Takzim rasanya. Kerdil terasa

Seriously, tempat ni memang kaw-kaw menguji emosi! Rumah Perlindungan Orang-Orang Tua Sakit Melarat. Jadi kau wajib jadi kuat dulu! Pada masa yang sama macam mana nak terus menerus  kuat dan pastikan orang-orang disekeliling kita turut kuat! 

I want to feel that pain too~ InshaAllah selepas melaluinya, xpain pon! ok2 ja:)



Dan sesungguhnya Allah itu Maha Hebat! Potong bawang  T_T







Wanita-wanita rimba!  TAK SYAK LAGI, korang memang cekal ^^,

Moga Allah sentiasa permudahkan urusan kita.


MOVE ON!

Dengan Nama Allah yang Maha pengasih lagi Maha Penyayang.

Alhamdulillah, Tahun 2015 ini masih Allah rezekikan untuk terus gagah melangkah menjadi penuntut ilmu tegar (Tahun 3) di Taman Ilmu dan Budi. Menjadi pelajar jurusan Fisioterapi batch pertama di Taman Ilmu memang mencabar dari segenap segi terutamanya fizikal, mental dan emosi! Kadang-kadang rasa nak menyerah, ,melatah dan masa tu semua yang negatif datang menyinggah. Namun, alhamdulillah, Allah taqdirkan, dan hadirkan sahabat-sahabat yang punyai jiwa yang kental, pantang mengalah! Walaupun hakikatnya secara batiniyyahnya masing-masing berperang dengan perasaan sendiri untuk terus tegak berdiri. 

  • Terima kasih buat rumate yang dicintai (kak afiqaabris, umieynad, rose) sentiasa di sisi merasional diri yang selalu beremosi! 

  • Terima kasih jua buat classmate yang disayangi yang sentiasa berteriak, ecah, move on! sikit ja lagi:)

  • Terima kasih jua buat usrahmate yang dikasihi, sama-sama membawa diri dalam gerabak D&T supaya diri sentiasa sedar tujuan hidup di alam ini. 

  • Terima kasih buat sesiapa jua yang hadir sepanjang hidup ini , hanya Allah sebaik-baik pembalas kepada tiap-tiap kebaikan kalian. 


Ceh, sentimental lah pulak.Macam nak grad kononnya. 
Seriously, jazakumullahu khayr jaza':)



NB: 

22/1 Habis praktikal di Dungun, petang tu bergegas balik UIA Kuantan.

23/1 Case presentation+viva, malam tu bergegas ke Melaka prog Alumni ' Here, We Share till Ahad.

26/1 Hari isnin tu cakap kat mak, mak xnak buat apa-apalah hari ni,  nak berehat ja..
Mak jawab.. ' tempat berehat, dalam kubur tu nanti.." hidup ini adalah berjuangan! Serious DEEP, jawapan yang tak dijangka..hehe. See, mak  yang orang kampung pon faham dan hadam konsep perjuangan!  Malu kot.

2/2 Sahaja aku belajar...kerana Allah:)

Move on!

Tuesday 31 January 2012

ABAH


Doa itu sampai ke segenap tempat yang tidak mampu kita sampai dan gapai . Doa itu mampu mendekatkan  kita pada yang jauh. Doa itu didengari  sampai ke alam sana, menjalar ke segenap semesta.  Walaupun jarak kita jauh, namun dia sentiasa dekat di hati. Biar doa ini menjadi penenang dia di alam tinggi,  hanya bakti ini yang mampu kuberi. Moga abadi dalam redha Ilahi, PATAH TUMBUH, HILANG XKUTEMUI PENGGANTI.

"Hitunglah aku sebagai anak yang berbakti, 
Meskipun xkan mampu aku membelas budi "

        

Dikisahkan dalam sebuah riwayat, ketika Hasan Al-Basri sedang duduk di pintu rumahnya, lalulah org ramai membawa jenazah seorang lelaki. Dalam kumpulan itu terdapat anak kecil perempuan dengan rambut terurai sambil menangis. Untuk mengetahui keadaan anak kecil itu Hasan Al-Basri mengikuti jenazah itu.

          Dalam masa berjalan itu berkata anak kecil itu," Wahai ayahku, mengapakah tiba hari yang semacam ini dalam hidupku? "

          Berkata Hasan Al-Basri," Wahai anak kecil, tidak akan datang hari seperti ini kepada ayahmu."

          Setelah Hasan Al-Basri menyembahyangkan jenazah tersebut, beliau pun terus pulang. Pada keesokan harinya, Hasan Al-Basri pergi ke masjid untuk menunaikan sembahyang subuh, setelah selesai solat, Hasan Al-Basri balik ke rumahnya dan duduk berhampiran pintu rumahnya.

         Ketika Hasan Basri duduk dekat pintu itu, dia terpandang budak perempuan yg kematian ayahnya semalam menuju ke kubur ayahnya untuk ziarah.
        
Berkata Hasan Al-Basri dalam hatinya, " anak kecil ini nampaknya seperti cerdas, ada baiknya kalau aku ikuti dia, mungkin dia akan menyebut perkataan yg akan bermanfaat bagiku,' Hasan Al-Basri mengikut budak perempuan itu dari belakang, apabila sampai di tempat perkuburan ayah kanak-kanak itu, Hasan Al-Basri pun bersembunyi.

           Anak kecil itu memeluk kubur ayahnya dan meletakkan pipinya di atas tanah sambil menangis dia berkata,


"Wahai ayahku, bagaimana kamu tinggal di dalam kegelapan kubur seorang diri tanpa lampu mahupun penghibur?  "

"Wahai ayahku, kelmarin dulu aku nyalakan lampu untukmu, sekarang siapakah yang menyalakan lampu untukmu malam tadi?"

Berkata anak kecil itu lagi,

"Wahai ayahku,kelmarin dulu aku menghamparkan tempat tinggalmu, siapakah yang menghamparkan tempat tidurmu malam tadi?  "

"Wahai ayahku, kelmarin dulu aku yang picitkan kedua tangan dan kakimu, siapakah yang memicitmu malam tadi? "

"Wahai ayahku, kelmarin dulu aku balikkan tubuhmu dari satu tempat ke satu tempat, siapakah yang membalikkan tubuhmu malam tadi?  "

"Wahai ayahku, kelmarin dulu aku tutup tubuhmu yang terbuka, siapakah yang menutupmu malam tadi?  "

"Wahai ayahku, kelmarin dulu aku memberimu minum, siapakah yang memberimu minum malam tadi?   "

Wahai ayahku, kelmarin dulu aku merenungi wajahmu, siapakah yang merenungi malam tadi?"

"Kelmarin dulu kamu memanggil kami dan kami menjawab panggilanmu, siapakah yang kamu panggil malam tadi dan siapa pula yang menjawab pnggilanmu?

Wahai ayahku, kelmarin dulu aku memberimu makan makanan yang menjadi kegemaranmu apabila kamu memerlukan, siapakah yang mmberimu makan makanan yang menjadi kegemaranmu malam tadi?"

Berkata anak kecil itu lagi

"Wahai ayahku, kelmarin dulu aku memasakkan pelbagai makanan untukmu, siapakah yang memasakkan untukmu malam tadi?"

Sebaik sahaja Hasan Al-Basri mendengar kata-kata anak kecil itu, beliau pun menangis dan mmperlihatkan dirinya kepada anak kecil itu.
Berkata Hasan Basri, " Wahai anakku, janganlah kamu mengucapkan kata-kata seperti itu, tetapi katakan seperti ini:


"Wahai ayahku, kami telah menghadapkan kamu ke arah kiblat, apakah kamu tetap berkeadaan demikian atau kamu telah dihadapkan ke arah lain? "

"Wahai ayahku, kami telah mengafani kamu dengan baik, apakah kafanmu itu tetap seperti itu atau telah ditanggalkan darimu?"

"Wahai ayahku, kami telah meletakkan kamu ke dalam kubur sedangkan badanmu masih utuh, apakah badanmu tetap utuh atau telah dimakan cacing?"

"Wahai ayahku, sesungguhnya para ulama' berkata bahawa kubur itu dilapangkan bagi sesetengah manusia (yg beramal soleh) dan disempitkan bagi sesetengah manusia (yang ingkar pada perintah Allah), apakah kuburmu itu terasa sempit atau lapang rasanya bagimu? "

Sesungguhnye para ulama' berkata bahawa sesetengah mereka diganti kafannye dengan kafan dari syurga dan sebahagian lainnya pula diganti dengan kafan kafan dari neraka. Apakah kafanmu itu digantikan dengan kafan syurga atau kafan neraka?"

"Wahai ayahku, sesungguhnya para ulama' berkata bahawa kubur itu ialah tempat menentukan salah satu kebun ke syurga atau salah satu parit ke neraka."

"Wahai ayahku, sesungguhnya para ulama' berkata kubur itu memeluk sesetengah penghuninya seperti seorang ibu memeluk anaknya dan kubur juga akan mmbenci serta menghimpit sesetengah penghuninya hingga bertelagah tulang rusuknya. Apakah kubur ini memelukmu atau menghimpitmu?"

"Wahai ayahku, para ulama' berkata bahawa sesiapa yg diletakkan dalam kubur, kalau dia seorang yang bertaqwa, dia pun akan menyesal kerana kurang membuat amal kebaikan dan apabila seseorang itu orang yg membuat dosa dia akan menyesal mengapa dia melakukan maksiat. Apakah kamu menyesal atas dosa-dosamu atau kamu menyesal kerana kurang amal kebaikanmu?"

"Wahai ayahku, jika aku memanggilmu tentu engkau menjawab panggilanku, tetapi aku memanggilmu di kepala kuburmu, mengapa aku tidak mendengar suaramu?"

"Wahai ayahku, engkau telah pergi dan aku tidak akan dapat bertemu denganmu lagi hingga hari kiamat, ya Allah janganlah Engkau haramkan kami dari pertemuan dengannya pada hari kiamat nanti"

Berkata anak kecil itu," Ya Pak Cik, alangkah baiknya perkataan yang engkau ucapkan untuk ayahku dan alangkah baiknya nasihatmu kepadaku dan peringatanmu terhadap orang-orang yang lalai."

Setelah itu, Hasan Al-Basri dan anak kecil itu pun balik ke rumah masing-masing dalam keadaan menangis.





Abah.  Panggilan untuk orang yang mengorbankan seluruh jiwa untuk belah jiwanya ini. Abah. Bunyinya gagah.  Segagah orangnya. Jiwanya tabah.  xmelatah ditimpa musibah, malah pada Allah dia menyerah. Usahanya, sesungguh hati , seolah-olah itu sahaja ikhtiar yang ada . Tawakkalnya melangit tinggi , seolah-olah dia tidak pernah berusaha walau seinci.  Ya, aku cukup pasti dengan ini.



Rindu yang tidak bertepi. Buat ABAH  yang dicintai.