Labels

Thursday, 19 February 2015


SULIT, MUDAH DAN REDHA-NYA

Jangan menyerah, sebelum keputusannya adalah jannah!



 Buat sahabat yang disayangi, semoga kita sama-sama lebih beramanah dan beradab dalam menjejaki ilmu di Taman Ilmu dan Budi ini

Sebenarnya, dah lama nak berkongsi perasaan ini, saat hari pertama semester ini bermula, matamu kurang bercahaya,selalunya mata kau paling mencerlang menekuni ilmu! Hinggalah malam itu aku singgah di bilikmu, dan kau beritahu aku perihal itu.  Sejujurnya,saat itu aku tak tahu apa yang perlu dinasihatkan, kerana dadaku sendiri sedang tenat mencari semangat! Lalu aku menbaca itu dan ini. Tapi tidak puas hati, masih ada yang kurang lagi.Hingga bila tiba pada kisah sang Nabi, ya ini yang patut aku kongsi..

Moga kita semangat, menjadi khadam ilmu. Kerana ada hak orang lain pada ilmu yang kita jejaki ini!! Fight till da end!




Satu waktu, sudah lama sekali
seseorang berkata dengan wajah sendu
"alangkah beratnya...alangkah banyak rintangan...
alangkan berbilang sandungan..alangkah rumitnya..."

Aku bertanya, "lalu"?
dia menatapku dalam-dalam, lalu menunduk
"apakah sebaiknya aku menghentikan saja ikhtiar ini?"

"Hanya kerana itu engkau menyerah kawan ?"
aku bertanya meski tidak begitu yakin apakah aku sanggup
menghadapi selaksa badai ujian
dalam ikhtiar seperti dialaminya...


"iyalahh...bagaimana lagi? 
tidakkah semua hadangan ini petanda bahawa
Allah tidak meredhainya?"

Aku bersamainya menghela nafas panjang
lalu bertanya,

"andai Rasulullah SAW berfikir seperti mana engkau menalar,
 kan adakah Islam di muka bumi ?
 "maksudmu ?", ia terbelalak.


"Ya. andai Muhammad tercinta berfikir
bahawa banyak kesulitan bererti tidak diredhai Allah, 
bukankah ia akan berhenti di awal-awal risalah?"

ada banyak titik sepertimu saat ini, saat Muhammad termulia
mampu mempertimbangkan untuk menghentikan ikhtiar..

mungkin saat dalam rukuknya ia dijerat di bahagian leher
mungkin saat ia sujud lalu kepalanya disiram isi perut unta 
mungkin saat ia bangkIt dari duduk lalu dahinya disambar batu
mungkin saat ia dikatai gila, penyair, dukun dan tukang sihir
mungkin saat ia dan keluarga diboikot total di syi'b Abi Talib
mungkin saat ia disaksikan sahabat-sahabatnya diseksa didepan mata
atau saat pakcik terkasih dan isteri tersayang berpulang
atau justeru saat dunia ditawarkan kepadanya; tahta, harta wanita.."


Jika Muhammad yang mulia berfikir sebagaimana engkau menalar
tidakkah ia punya banyak saat untuk memilih berhenti?

Tapi Muhammad saw tahu, kawan..
redha Allah tak terletak pada 
sulit atau mudahnya..
berat atau ringannya
bahagia atau deritanya
senyum atau lukanya
tawa atau tangisnya

" redha Allah terletak pada
apakah kita menaatiNya
dalam menghadapi semua itu
apakah kita berjalan dengan menjaga perintah dan larangNya
dalam semua keadaan dan ikhtiar yang kita lakukan"

Maka selama di situ engkau berjalan
bersemangatlah kawan!!" 





 Aim high! Just like u in this picture:P



Salim. A.Fillah
Dalam Dakapan Ukhuwah








Friday, 30 January 2015

 



BERGAGAHLAH!





Ini kad pertama yang aku dapat masa clinical posting bila jauh diletakkan di ceruk Dungun. Pekan kecil yang stesen bas dia pon xhidup! hehe.Kad ni akan  dicuri-curi tengok kalau rasa macam dah nak down =.=' . Sanah yang bagi, cute kan? 

Dan sesungguhnya Allah itu Maha Hebat! Takzim rasanya. Kerdil terasa

Seriously, tempat ni memang kaw-kaw menguji emosi! Rumah Perlindungan Orang-Orang Tua Sakit Melarat. Jadi kau wajib jadi kuat dulu! Pada masa yang sama macam mana nak terus menerus  kuat dan pastikan orang-orang disekeliling kita turut kuat! 

I want to feel that pain too~ InshaAllah selepas melaluinya, xpain pon! ok2 ja:)



Dan sesungguhnya Allah itu Maha Hebat! Potong bawang  T_T







Wanita-wanita rimba!  TAK SYAK LAGI, korang memang cekal ^^,

Moga Allah sentiasa permudahkan urusan kita.


MOVE ON!

Dengan Nama Allah yang Maha pengasih lagi Maha Penyayang.

Alhamdulillah, Tahun 2015 ini masih Allah rezekikan untuk terus gagah melangkah menjadi penuntut ilmu tegar (Tahun 3) di Taman Ilmu dan Budi. Menjadi pelajar jurusan Fisioterapi batch pertama di Taman Ilmu memang mencabar dari segenap segi terutamanya fizikal, mental dan emosi! Kadang-kadang rasa nak menyerah, ,melatah dan masa tu semua yang negatif datang menyinggah. Namun, alhamdulillah, Allah taqdirkan, dan hadirkan sahabat-sahabat yang punyai jiwa yang kental, pantang mengalah! Walaupun hakikatnya secara batiniyyahnya masing-masing berperang dengan perasaan sendiri untuk terus tegak berdiri. 

  • Terima kasih buat rumate yang dicintai (kak afiqaabris, umieynad, rose) sentiasa di sisi merasional diri yang selalu beremosi! 

  • Terima kasih jua buat classmate yang disayangi yang sentiasa berteriak, ecah, move on! sikit ja lagi:)

  • Terima kasih jua buat usrahmate yang dikasihi, sama-sama membawa diri dalam gerabak D&T supaya diri sentiasa sedar tujuan hidup di alam ini. 

  • Terima kasih buat sesiapa jua yang hadir sepanjang hidup ini , hanya Allah sebaik-baik pembalas kepada tiap-tiap kebaikan kalian. 


Ceh, sentimental lah pulak.Macam nak grad kononnya. 
Seriously, jazakumullahu khayr jaza':)



NB: 

22/1 Habis praktikal di Dungun, petang tu bergegas balik UIA Kuantan.

23/1 Case presentation+viva, malam tu bergegas ke Melaka prog Alumni ' Here, We Share till Ahad.

26/1 Hari isnin tu cakap kat mak, mak xnak buat apa-apalah hari ni,  nak berehat ja..
Mak jawab.. ' tempat berehat, dalam kubur tu nanti.." hidup ini adalah berjuangan! Serious DEEP, jawapan yang tak dijangka..hehe. See, mak  yang orang kampung pon faham dan hadam konsep perjuangan!  Malu kot.

2/2 Sahaja aku belajar...kerana Allah:)

Move on!